Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Valve Berkongsi Mengenai Fungsi Custom Game Pada DotA 2 Reborn

Pada penghujung minggu lepas, Valve telah berkongsi mengenai kemaskini permainan untuk DotA 2, dikenali sebagai DotA 2 Reborn. Ketika minggu lepas, mereka lebih menyentuh kepada rekaan antaramuka baru, dan hari ini, Valve turut berkongsi lanjut mengenai fungsi Custom Games yang akan dibawakan pada permainan berkenaan.

Dota 2 Custom Games

Dota 2 Custom Games

Melalui Custom Games, Valve ingin memberi pengalaman memainkan permainan baru setiap kali anda memainka DotA 2 Reborn. Sebuah tool khusus akan disediakan untuk pengguna membangunkan idea mereka, dan menerbitkan ia untuk dimainkan oleh pengguna lain. Ini membolehkan sesiapa sahaja untuk hadir dengan peta tersendiri, bentuk permainan, dan rekaan serta kaedah permainan.

Dota 2 Custom Games

Sebuah hab khusus turut akan disediakan untuk pemain melihat dan mengakses Custom Games yang diterbitkan dan sedang dimainkan pengguna lain. Valve sendiri akan hadir dengan penawaran mereka tersendiri dibawah Custom Games ini sebagai langkah awal sebelum ia dipopularkan oleh komuniti.

Dengan perkongsian kedua ini, kita mungkin boleh nantikan perkongsian beta untuk dimainkan oleh para pengguna tidak lama lagi sekaligus menikmati sendiri DotA 2 Reborn ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Valve Berkongsi Mengenai Fungsi Custom Game Pada DotA 2 Reborn"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info