SoundHound merupakan salah satu syarikat yang menawarkan aplikasi pengecaman sesuatu lagu – lebih kurang seperti Shazam. Aplikasi berkenaan boleh dikatakan tidak begitu popular jikalau dibandingkan dengan Shazam, tetapi kini syarikat berkenaan mula mencuri perhatian ramai melalui aplikasi pembantu maya mereka yang terbaru dinamakan Hound.
Dengan pengenalan Hound ini, ia bakal bersaing dengan beberapa aplikasi sedia ada lain seperti Siri, Google Now dan juga Cortana. Melalui Hound, ia dilihat berfungsi dengan penggunaan bahasa yang lebih semulajadi. Pengguna boleh bertanyakan pelbagai soalan menggunakannya, dan turut bertanyakan soalan yang berkait dengan soalan asal selepas menerima jawapan untuk sebelumnya.
Untuk pengenalan, mereka telah mengumumkan beberapa rakan kerjasama, termasuk Expedia – dalam memudahkan carian hotel dan penerbangan.
Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat beta tertutup. Pengguna Android boleh memohon untuk mendapatkan jemputan bagi menggunakannya, sementara versi iOS akan menyusul selepas itu.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "SoundHound Mengumumkan Aplikasi Pembantu Maya Berasaskan Input Suara Dinamakan Hound"