Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sony Mengemaskini Penawaran PlayStation 4 Dengan Versi Baru – Turut Mengumumkan Variasi Dengan Storan 1TB

Sony Computer Entertainment hari ini telah mengumumkan PlayStation 4 (PS4) yang baru, dimana ia membawakan sedikit perubahan dari segi rekaan dan juga dalaman konsol permainan popular berkenaan. Seperti biasa, versi baru PlayStation 4 ini ditawarkan dalam warna hitam dan juga putih.

PlayStation 4 2015

PlayStation 4 yang baru ini dikatakan telah dikurangkan beratnya sebanyak 10%, selain penggunaan tenaga olehnya adalah kurang 8% jikalau dibandingkan dengan PS4 model sedia ada. Disamping itu, pihak Sony turut menyertakan HDD Bay Cover dengan rekaan matte untuk memberikan pengalaman paparan yang lebih kasual.

Selain daripadanya, pelbagai perkara lain yang ditawarkan adalah sama, dan pengguna boleh menikmati sejumlah permainan yang terdapat di PlayStation 4 menggunakannya.

Sony mengatakan PlayStation 4 yang baru ini akan ditawarkan ke seluruh dunia – bermula dengan Jepun pada bulan Jun ini.

Selain daripada versi ini, Sony juga turut mengumumkan sebuah konsol PlayStation 4 yang hadir dengan ruangan storan sebesar 1TB. Ia dinamakan sebagai 1TB PS4 Ultimate Player Edition, dan akan ditawarkan di Eropah bermula penghujung bulan Jun ini.

PlayStation 4 2015



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Sony Mengemaskini Penawaran PlayStation 4 Dengan Versi Baru – Turut Mengumumkan Variasi Dengan Storan 1TB"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info