Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Melabur Pada Syarikat Realiti-Maya – Fove

Samsung sebelum ini telah bekerjasama dengan pihak Oculus untuk pembangunan Gear VR mereka. Kini, selain kerjasama dengan pihak Oculus, Samsung Ventures dilihat telah melabur pada satu lagi syarikat memfokuskan teknologi realiti-maya, iaitu Fove.

FOVE

Fove merupakan salah satu syarikat yang mengumpulkan dana secara umum melalui Kickstarter untuk produk mereka. Fove mengatakan mereka merupakan penawar headset pertama di dunia yang dilengkapi dengan teknologi untuk memantau gerakan mata pengguna dan memberikan pengalaman yang dioptimasikan berdasarkan gerakan mata.

Berapakah nilai pelaburan yang diterima oleh Fove daripada Samsung Ventures tidak diumumkan. Pelaburan ini dilihat akan digunakan oleh Fove untuk terus menambah lagi beberapa fungsi pada headset mereka yang dijangka akan dipasarkan bermula tahun hadapan.

Teknologi VR merupakan salah satu teknologi yang menjadi fokus ramai syarikat teknologi, dan dijangka akan lebih meluas pada tahun hadapan dengan pelbagai produk bakal memasuki pasaran pengguna secara rasminya. Penyedia kandungan juga dilihat berlumba dalam menyediakan kandungan untuk dunia realiti-maya ini, dan semestinya sokongan platform akan memainkan salah satu peranan utama untuk pengguna dalam memilih headset pilihan mereka kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Samsung Melabur Pada Syarikat Realiti-Maya – Fove"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info