Dengan perkembangan dunia teknologi, salah satu perkara yang turut membimbangkan ramai adalah mengenai kerentanan dan masalah sekuriti. Terkini, sebuah syarikat sekuriti, NowSecure melaporkan yang mana sejumlah besar peranti Samsung terdedah kepada kerentanan yang diakibatkan oleh papan kekunci yang hadir terbina.
Seperti semua sedia maklum, peranti Android daripada Samsung menggunakan papan kekunci tersendiri dan dijana menggunakan teknologi SwiftKey. Ia dilaporkan komunikasi antara pelayan yang digunakan oleh aplikasi berkenaan tidak melalui rangkaian yang disulitkan – sekaligus menjadikan ia terdedah kepada pihak ketiga untuk membuat sebarang perkara yang tidak diingini.
Melalui kerentanan ini, ia membolehkan pengodam membuat serangan seperti DNS Hijacking dan sebagainya – terutamanya ketika anda menggunakan rangkaian WiFi yang tidak selamat atau terbuka – seterusnya menawarkan kemaskini palsu untuk penambahan bahasa pada papan kekunci berkenaan.
Seperti biasa, serangan ini mungkin agak sukar untuk dilakukan oleh pengodam – tetapi kehadiran kerentanan ini mungkin membimbangkan ramai pengguna.
Untuk pengguna umum, anda boleh mengelak daripada masalah ini dengan tidak menggunakan rangkaian internet yang tidak selamat ketika membuat kemaskini dan sebagainya.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Papan Kekunci Yang Hadir Terbina Pada Peranti Android Samsung Dilaporkan Mempunyai Kerentanan"