Sembang Maniac

Sembang-sembang je

MyTeksi Memulakan Penawaran GrabCar+ Di Lembah Klang

MyTeksi merupakan salah satu perkhidmatan yang popular di Malaysia, dimana ia membolehkan para pengguna membuat tempahan teksi terus melalui aplikasi mudah-alih – sekaligus mengelakkan mereka tertipu dengan teksi sapu dan sebagainya.

GrabCar Premium

Mereka turut mempunyai penawaran kenderaan premium – yang mana tidak menggunakan teksi, serta memberikan lebih keselesaan kepada pengguna. Selain daripada GrabCar biasa, kini mereka turut menambah satu lagi perkhidmatan baru yang dinamakan sebagai GrabCar+.

Buat masa ini, perkhidmatan GrabCar+ ini ditawarkan secara terhad sekitar Kuala Lumpur, termasuk sekitar Bangsar, Damansara, Mont Kiara dan juga Hartamas.

Membezakannya dengan perkhidmatan GrabCar biasa, pihak MyTeksi mengatakan ia turut dilengkapi dengan pemandu yang akan tolong buka pintu kepada penumpang, selain dilengkapi dengan air botol serta majalah didalamnya. Pihak MyTeksi juga ingin menambah sokongan pembayaran tanpa-tunai (cashless) – seumpama Uber – pada perkhidmatan ini tidak lama lagi.

Bagi pengguna MyTeksi, anda akan dapat melihat pilihan ikon ketiga pada aplikasi MyTeksi untuk pemilihan perkhidmatan GrabCar+ ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "MyTeksi Memulakan Penawaran GrabCar+ Di Lembah Klang"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info