Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Memainkan Video 60 FPS Kini Disokong Aplikasi Youtube Android Dan iOS

Fungsi memainkan video pada resolusi 60 frame sesaat akhirnya disokong oleh aplikasi Youtube Android dan iOS hari ini. Fungsi memainkan video pada kadar tinggi dan lancar ini sudahpun disokong pada komputer desktop dan juga konsol (PlayStation 3 & 4) . Mod pemain yang disokong ialah 720P 60 FPS dan 1080P 60 FPS. Tiada perancangan setakat ini untuk menyokong mod 4K 60 FPS pada peranti mudah alih. Tiada kemas kini perlu dilakukan kepada aplikasi untuk mendapatkan mod video baru ini. Kami cukup gemar menonton video pada kadar 60 frame sesaat apabila menggunakan deskstop.

Sokongan memainkan video kadar tinggi pada peranti mudah alih adalah fungsi yang kami mahukan sejak ia diperkenalkan oleh Youtube tahun lalu. Dengan sokongan yang lebih menyeluruh mungkin selepas ini kesemua video dari Amanz turut akan dirakamkan pada 60 FPS. Adakah anda berminat?

Youtubes-IMG_20150701_100229



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Memainkan Video 60 FPS Kini Disokong Aplikasi Youtube Android Dan iOS"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info