Sembang Maniac

Sembang-sembang je

LG Malaysia Mula Hadir Dengan Teaser Untuk LG G4 – Pelancaran Malaysia Semakin Hampir?

Beberapa hari yang lepas, peranti LG G4 telah dilihat tersenarai pada pangkalan Sirim, dan kini melalui laman sosial LG Malaysia, syarikat pengeluar peranti dari Korea Selatan berkenaan telah pun mula hadir dengan beberapa teaser awal untuk LG G4.

Tiada sebarang tarikh diberikan oleh pihak LG berkenaan penawaran peranti ini di Malaysia. Melalui teaser terbaru yang diterbitkan, mereka bercakap mengenai warna peranti berkenaan yang hadir dalam tiga warna berbeza.

LG G4

LG G4 telah diperkenalkan secara rasminya pada bulan April yang lepas, dimana ia hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan 2K, menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 808, serta memori 3GB RAM.

Menjadi fokus utama pada peranti ini adalah kamera belakang 16-megapixel dengan sokongan OIS, selain kamera hadapan 8-megapixel. LG mengatakan teknologi CSS pada kamera membuatkan rakaman gambar RGB lebih baik berbanding peranti lain di pasaran hari ini.

LG G4

Melengkapkan telefon pintar ini adalah sistem operasi Android yang turut dilengkapi dengan antaramuka UX 4.0 yang membawakan beberapa fungsi tambahan – termasuk beberapa sokongan gesture untuk rakaman selfie.

Dengan pihak LG Malaysia sendiri yang telah hadir dengan teaser untuk LG G4, mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya tidak lama lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "LG Malaysia Mula Hadir Dengan Teaser Untuk LG G4 – Pelancaran Malaysia Semakin Hampir?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info