BlackBerry walaupun mempunyai masalah untuk menjual peranti mereka dengan tinggi berbanding pelbagai pesaing lain, tetapi mereka masih mengekalkan penawaran kemaskini selain menawarkan ia kepada semua pengguna pada waktu yang lebih kurang sama.
Terkini, BlackBerry telah mengumumkan kemaskini terbaru yang akan hadir ke semua peranti BlackBerry 10 di pasaran dalam masa beberapa minggu lagi, iaitu BlackBerry 10.3.2. Kemaskini ini adalah kemaskini kecil, dan memfokuskan kepada lebih pengoptimasian dan beberapa fungsi baru.
Antara perkara yang akan hadir bersama-sama BlackBerry 10.3.2 ini kelak adalah sokongan anti-kecurian pada BlackBerry Protect yang mengelak pengguna lain mengaktifkan peranti BlackBerry anda yang hilang. Selain daripada itu, kamera juga ditambah-baik, terutamanya untuk mod ketika cahaya gelap. BlackBerry Calendar turut dikemaskini dengan fungsi Meeting Mode, dimana apabila ia diaktifkan, pengguna boleh menetapkan peranti mereka untuk memasuki mod khusus selari dengan jadual kalendar mereka.
Disamping kemaskini BlackBerry 10.3.2, pihak BlackBerry turut mengatakan mereka turut akan mengemaskini BlackBerry Blend pada masa yang sama.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kemaskini BlackBerry 10.3.2 Akan Hadir Ke Semua Peranti BlackBerry 10 Dalam Beberapa Minggu Lagi"