iPad Mini ialah tablet 7.9″ yang diperkenalkan oleh Apple pada tahun 2012. iPad versi kecil dan kompak ini mendapat sambutan hangat dan sudah menerima dua kemas kini dengan spesifikasi lebih tinggi. Jika anda mahu membeli iPad Mini secara rasmi dari lama Apple anda kini sudah terlambat. Ia tidak lagi disenaraikan untuk pembelian.
Dengan penarikan iPad Mini, kini Apple tidak lagi menjual sebarang peranti iOS yang tidak mempunyai skrin resolusi Retina. Apabila difikirkan semula agak mengagumkan iPad Mini terjual sehingga bulan ini di laman Apple kerana dari segi spesifikasi ia adalah sebuah iPad 2 yang dikecilkan. Harus diingatkan iPad 2 sudah berusia 4 tahun dan dihentikan penjualannya oleh laman Apple sejak awal tahun lalu.
Sebagai pemilik sebuah iPad Mini kami harus akui ianya masih lagi tablet 7.9″ yang terbaik pernah kami miliki dan dijual pada harga yang munasabah. Binaan berkualiti, kemasan yang cantik serta masih berfungsi dengan lancar menggunakan pemproses yang hampir berusia setengah abad. Selamat tinggal iPad Mini. Ini mungkin petanda bahawa kini tiba masanya untuk membeli iPad baru.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "iPad Mini Tidak Lagi Tersenarai Untuk Dijual Di Laman Apple"