Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Memperkenalkan Aplikasi Android Untuk Memudahkan Pengurusan Pengiklanan

Dengan perkembangan pesat laman sosial Facebook, salah satu perkara yang turut dilakukan oleh pemilik perniagaan pada perkhidmatan tersebut adalah mengiklankan produk dan perkhidmatan mereka. Sehingga kini, pengguna perlu menggunakan versi web untuk tujuan tersebut, dan kini Facebook turut hadir dengan sebuah aplikasi khusus di platform Android untuk tujuan berkenaan.

Facebook Ads Manager

Menggunakan aplikasi Facebook Ads Manager, pengiklan boleh membuat pengurusan pengiklanan mereka. Melaluinya, kempen pengiklanan baru boleh dilakukan, selain Facebook turut memudahkan pemantauan sesuatu kempen dari segi prestasi dan juga jumlah wang yang telah dibelanjakan. Memandangkan ia menggunakan peranti mudah-alih anda, maka anda boleh turut menerima notifikasi serta merta berkenaan dengan prestasi pengiklanan anda tanpa perlu membuka web seperti sebelumnya.

Bagi anda yang sering mengiklan di Facebook, mungkin boleh memuat-turun aplikasi Facebook Ads Manager ini hari ini dan menggunakannya dalam menguruskan pengiklanan anda.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Memperkenalkan Aplikasi Android Untuk Memudahkan Pengurusan Pengiklanan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info