Jabatan Metereologi menasihatkan penduduk di Ranau, Sabah dan sekitarnya supaya berwaspada kemungkinan berlaku gempa bumi susulan dalam masa 24 jam.

Jurucakap jabatan itu ketika dihubungi Bernama berkata kebiasaannya jika berlaku gegaran seperti ini akan berlaku gempa susulan dalam masa satu jam sehingga 24 jam selepas kejadian.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter yang berlaku di Ranau pada 7.15 pagi tadi.
Gegaran itu dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Keningau, Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.
Sementara itu di RANAU, beberapa struktur bangunan,termasuk premis perniagaan dan kemudahan perniagaan, mengalami kerosakan kecil akibat gempa bumi itu.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K Ramin mengesahkan beberapa premis perniagaan dan bangunan kerajaan di daerah Ranau mengalami keretakan dan anggota bomba sudah diarahkan membuat pemantauan dan pemeriksaan bagi memastikan tiada mangsa terperangkap.
Aktiviti Mendaki Gunung Kinabalu Dibatal
Taman-Taman Sabah membatalkan semua aktiviti mendaki Gunung Kinabalu hari ini berikutan gempa bumi dan gegaran yang dialami, atas sebab keselamatan.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun mengesahkan arahan itu dalam akaun Twitternya.
“Batu-batu dan bongkah banyak yang jatuh akibat gegaran itu,” katanya.
Pondok-pondok pendaki di Panar Laban dan Gunting Lagadan rosak teruk tetapi tiada laporan mengenai kecederaan.
“Yang menyedihkan ikon Telinga Keldai di gunung itu turut rosak teruk, h menunggu pengesahan,” katanya dalam Tweet itu.
Masidi berkata para penyelamat dalam perjalanan ke Gunung Kinabalu kerana terdapat laporan mengatakan ada pendaki yeng terkandas dan cedera berhampiran gunung itu.
BACA INI JUGA: Sekeluarga Bunuh Diri Kerana Takut Kiamat!
Sumber: BERNAMA
Gambar hiasan.

Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Berwaspada Kemungkinan Gempa Bumi Susulan Dalam Masa 24 Jam"