Pada Apple WWDC 2015, selain berkongsi mengenai sistem operasi perkomputeran terbaru mereka – OS X 10.11 El Capitan, pihak Apple turut memperkenalkan kemaskini sistem operasi untuk peranti mudah-alih mereka, iaitu iOS 9.
Melalui iOS 9, pihak Apple dilihat memfokuskan kepada sokongan pembantu pintar mereka. Kini, Siri hadir dengan kemaskini antaramuka, dan penambahan beberapa fungsi carian dan peringatan baru. Disamping sokongan pembantu biasa, Apple turut mengumumkan fungsi baru dinamakan Proactive Assistant.
Proactive Assistant membantu dalam beberapa perkara, termasuk memperlihatkan aplikasi yang mungkin anda ingin akses pada sesuatu waktu – sebagai contoh aplikasi muzik pada awal pagi. Apple juga kini membuat carian nombor telefon pada emel, dan memaparkannya kepada anda jika sesuatu nombor yang memanggil anda tidak tersimpan pada buku alamat.
Apple turut mengatakan kini mereka menambah baik sokongan carian pada peranti mudah-alih, dimana pengguna boleh membuat carian daripada sejumlah web dan perkhidmatan popular – selain membolehkan pembangun mengintegrasikan API carian pada aplikasi mereka dalam usaha menjadikan carian lebih baik lagi.
Pengguna juga dipaparkan dengan cadangan nama pemanggil, selain aplikasi yang bersesuaian mengikut kepada waktu dan lokasi semasa mereka.
Apple turut mengatakan segala data yang dipaparkan kepada pengguna adalah berdasarkan kepada apa yang tersimpan pada peranti dan tidak menyimpan sebarang data pada pelayan Apple. Beberapa carian seperti keadaan trafik dan sebagainya pula dibuat secara anonymous dan tidak melibatkan sebarang ID pengguna.
Sedang dikemaskini…
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Memperkenalkan iOS 9 Dengan Fokus Terhadap Pembantu Pintar"