Advanced Micro Devices merupakan salah satu pengeluar cip terkemuka yang sering dikaitkan sebagai pesaing terdekat Intel dalam arena cip perkomputeran. Kini, Reuters melaporkan mengatakan pengeluar cip terkemuka tersebut sedang mempertimbangkan idea untuk membahagikan syarikat mereka kepada pengurusan produk yang berbeza.
Menurut Reuters, AMD sedang dalam proses mendapatkan pandangan daripada firma konsultansi, dimana salah satu pilihan yang dilihat adalah membahagikan bahagian perlesenan dan grafik daripada perniagaan pelayan (server) mereka – yang mana menjual pemprosesan untuk pusat data.
Perkara ini dilaporkan masih dalam pertimbangan dan fasa yang sangat awal, dan tidak diketahui sama ada mereka akan membahagikan syarikat ataupun sebaliknya. AMD dikatakan pernah melihat kepada perkara sama sebelum ini, tetapi tidak melaksanakannya.
Bercakap mengenai pembahagian syarikat, sebelum ini, kita telah melihat pihak HP membahagikan syarikat mereka kepada dua bahagian – iaitu kepada HP Inc dan juga HP Enterprise.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "AMD Dilaporkan Sedang Mempertimbangkan Untuk Membahagian Perniagaan"