Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Tahukah Anda Bagaimana Hot Dog (Sosej) Mendapat Nama?

Rasanya hampir semua orang pernah memakan hot dog. Tapi tahukah anda bagaimana makanan ini mendapat namanya?

Hot-Dog


Pada tahun 1852, sebuah syarikat sosej di Frankfurt, Jerman, telah mencipta sosej jenis baru yang dinamakan frankfurter.

Bentuknya panjang dan langsing, tidak besar dan gemuk seperti biasa. Sarungnya nipis sebelum diisi dengan daging cincang.

Apa yang menarik, salah seorang pembuat sosej ini memiliki seekor anjing jenis dachshund (anjing tekel), yang berkaki pendek dan berbadan panjang.

Sambil berseloroh, dia mencadangkan agar sosej yang dibuat itu dibengkokkan sedikit, seperti tubuh anjing tekel. Baginya itu perkara yang lucu namun tanpa disangka ideanya diterima oleh rakan-rakannya sehingga mereka menggelar sosej itu dengan nama dachshund.

Kemudian, pada tahun 1880an, di St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat, Antoine Feuchtwanger, seorang lelaki Jerman yang berasal dari Frankfurt, telah menjual sosej ini. Sosej yang dijualnya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Namun, ada satu masalah, orang Amerika sukar menyebut nama sosej ini. Bagi memudahkannya, ada yang menyebut frank(s), wiener dan lauvlain.

Hinggalah pada suatu hari, di New York City, seorang pengusaha franks bernama Harry Stevens menyuruh rakan-rakannya menjaja franks di setiap pertandingan baseball sambil berteriak, "Red-hot dachshund sausages! (Sosej anjing tekel yang merah dan panas)."


Kejadian itu telah dilihat oleh seorang pelukis kartun akhbar terkenal bernama Ted Dorgan. Dia mendapat ilham lalu melukis seekor anjing tekal (dachshund), berlumuran mustard di atasnya dan diletakkan pula di celah sebuku roti ban.

Disebabkan tidak tahu bagaimana untuk mengeja dachshund, Ted telah menulis di atas lukisannya dengan, Let's get a hot dog.

Gambar itu kemudiannya dimuat dipelbagai media. Ramai pembaca yang tergelak kerana menganggap ia sesuatu yang lucu.

Selepas gambar kartun Ted menjadi viral, tiada lagi yang menyebut sosej tersebut dengan panggilan frankfurter atau Wieners.

Sejak itu, sebutan hot dog pun menjadi terkenal dan diguna pakai sehinggalah sekarang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

  • Cerai kerana FrozenTokyo: Seorang wanita berusia 29 tahun menuntut cerai daripada suaminya semata-mata kerana berbeza pendapat mengenai fil…
  • 'Mereka cacat otak'Kuala Lumpur: "Saya biarkan saja malas nak layan. Orang-orang yang bercakap macam ini adalah golongan cacat otak. Jenis …
  • Maut digilis treler angkara memerang Pelabuhan Klang: Dua rakan yang menaiki sebuah motosikal maut apabila kenderaan dinaiki dilanggar sebelum mangsa digili…
  • Bayi lemas jatuh kolamSerian: Seorang ibu kelu dan terkejut apabila melihat bayi lelakinya berusia 16 bulan lemas dalam sebuah kolam selepas s…
  • Sudah jatuh ditimpa dindingJohor Bahru: Sebelas kenderaan rosak ditimpa dinding sebuah bengkel yang runtuh dalam kejadian di Jalan Medan Nusa Perin…
0 Komentar untuk "Tahukah Anda Bagaimana Hot Dog (Sosej) Mendapat Nama?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info