Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Gameloft Bakal Hadir Dengan Asphalt Nitro – Bersaiz Hanya Sebesar 15MB?

Bagi para peminat permainan mudah-alih, salah satu permainan popular daripada pihak Gameloft adalah Asphalt. Siri Asphalt memfokuskan kepada lumba kereta, dan sebelum ini mereka telah hadir dengan variasi permainan dibawah Asphalt, termasuk Asphalt Overdrive yang membawakan permainan seumpama Temple-Run atau lebih dikenali sebagai genre runner.

Asphalt Nitro

Terkini, Gameloft dilihat sedang menyiapkan satu lagi permainan baru dinamakan sebagai Asphalt Nitro. Melalui Asphalt Nitro, Gameloft mengatakan permainan tersebut hanya akan bersaiz sekitar 15MB sahaja, berbeza dengan kebanyakkan permainan lain keluaran mereka yang biasanya bersaiz ratusan MB.

Gameloft turut menekankan tiada muat-turun tambahan akan diperlukan untuk permainan berkenaan, sekaligus menjadikan ramai ternanti-nanti Asphalt Nitro – memandangkan ramai yang ingin ketahui apakah yang akan ditawarkan oleh Gameloft melalui saiz permainan sedemikian.

Namun, salah satu perkara yang pasti adalah dimana ramai akan mengemari saiz aplikasi yang kecil dan jika Gameloft mengekalkan kualiti seperti sebelumnya, kita akan dapat melihat kualiti grafik yang menarik.

Gameloft masih tidak mengeluarkan sebarang tarikh berkenaan bilakah Asphalt Nitro ini akan dilancarkan kepada umum.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Gameloft Bakal Hadir Dengan Asphalt Nitro – Bersaiz Hanya Sebesar 15MB?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info