Xiaomi hari ini secara rasminya telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar daripada mereka, dimana ia hadir dengam rekaan berasaskan polikarbonat, dan membawakan binaan berasaskan unibody, dinamakan sebagai Xiaomi Mi4i.
Xiaomi Mi4i hadir dengan skrin bersaiz 5-inci, dan Xiaomi mengatakan ia membawakan rekaan yang kompak dan paparan yang lebih luas berbanding peranti lain. Peranti ini juga lebih nipis daripada Mi4 yang telah diperkenalkan pada tahun lepas untuk pasaran China.
Disamping itu, binaan polikarbonat ini juga turut dilengkapi dengan sokongan anti-kotor, dimana kerangka belakangnya boleh dibersihkan dengan mudah daripada pelbagai kotoran.
Untuk bahagian bateri pula, Xiaomi membuat penambah-baikkan dengan menawarakn bateri berkapasiti 3120mAh padanya – paling bersaiz besar berbanding peranti 5-inci yang lain. Untuk teknologi bateri ini, pihak Xiaomi mengatakan mereka bekerjasama dengan pihak Sony dan juga Samsung yang sedia melabur wang yang tinggi dalam teknologi berkenaan.
Xiaomi mengatakan pengguna boleh menggunakan peranti Mi4i ini selama 1.5 hari untuk penggunaan biasa, selain boleh mengecas sehingga 40% dalam masa sejam.
Untuk paparan resolusi pula, Xiaomi Mi4i membawakan paparan 1080p, dan membawakan PPI pada kadar 441, sekaligus menjadikan teks dan paparan padanya lebih jelas. Untuk paparan pula, Xiaomi menggunakan panel daripada pihak Sharp.
Sedand dikemaskini…
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Memperkenalkan Mi4i Secara Rasmi – Hadir Dengan Rekaan Polikarbonat Dan Pelbagai Warna"