WhatsApp boleh dikatakan agak kurang menampilkan kemaskini pada antaramuka aplikasi mereka dan kini mereka telah hadir dengan kemaskini baru berasaskan Material Design untuk Android.
Bermula dengan versi 2.12.34, antaramuka WhatsApp kini membawakan antaramuka mendatar (flat) sepenuhnya yang selari dengan antaramuka Android 5.0 Lollipop. Ia juga menampilkan animasi berasaskan Material Design yang lebih kemas dan minimal disamping hadir dengan ikon baru pada ruangan attachment.
Walau bagaimanapun, kemaskini ini masih belum tersedia di Google Play Store dan sekiranya anda ingin mencubanya dengan lebih awal, anda boleh memuat-turun dan memasang fail APK di bawah. Bagi anda yang ingin menunggu kemaskini rasmi, kemaskini ini bakal diperkenalkan secara berperingkat melalui Google Play Store dalam masa terdekat ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kemaskini WhatsApp Untuk Android Kini Membawakan Antaramuka Material Design"