Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kad Prabayar Dikenakan Cukai GST Untuk Bulan Mei

GSTPenguatkuasaan GST sudah berlangsung hampir sebulan. Sejak dari hari pertama ramai yang mengalami kekalutan tentang harga barang baru. Selepas dijanjikan harga barang akan turun sebaliknya berlaku dan ini menimbulkan perasaan amarah di kalangan penduduk negara. Antara isu harga barang naik yang paling hangat ialah mengenai harga kad prabayar telefon. Pada awalnya pihak kerajaan mengatakan harga kad prabayar tidak harus dinaikkan. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mengeluarkan kenyataan mahu mengheret syarikat telekomunikasi kerana menaikkan harga kad prabayar. Kemudian kenyataan ini ditarik semula dan kini harga GST dikenakan dengan syarikat telekomunikasi memberikan penambahan kredit sebanyak 6%. Bagi menyelesaikan kemelut harga pihak SKMM melakukan kajian bagi mencari jalan penyelesaiannya.

Pihak SKMM hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan cukai GST akan dikekalkan untuk kad prabayar sepanjang bulan Mei. Sebagai contoh kad prabayar dengan nilai kredit RM 10 akan dijual pada harga RM 10.60 selepas dikenakan GST. Harga baru ini dipilih selepas menerima maklum balas daripada pengguna yang mahu membayar lebih untuk nilai kredit RM10 dari membayar harga lama RM10 dan hanya menerima nilai kredit bernilai RM 9.43.

Sungguhpun begitu pihak SKMM juga berkata keputusan muktamad berkenaan isu ini hanya akan dilakukan selepas kaji selidik yang dilakukan siap sepenuhnya. Hasil kajian kemudian akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menetapkan keputusan akhir pada minggu hadapan.

Apakah pendapat anda? Caj bayaran manakah yang lebih anda gemari. Bayar RM 10.60 untuk nilai kredit RM 10 ataupun bayar RM 10 dan mendapat nilai kredit RM 9.43? Kongsikan pendapat anda di bawah

 

 

 

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kad Prabayar Dikenakan Cukai GST Untuk Bulan Mei"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info