Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HTC One M8 Akan Mula Menerima Android 5.1 Lollipop Dan Sense 7 Sekitar Ogos 2015

Bagi para pengguna Android, ia telah menjadi salah satu kebiasaan untuk menantikan beberapa bulan sebelum mereka menerima kemaskini rasmi untuk peranti mereka. Terkini, HTC melalui akaun Twitter HTC UK menjawab persoalan mengatakan para pengguna HTC One M8 akan menerima kemaskini Android 5.1 Lollipop sekitar bulan Ogos 2015 kelak.

Bersama-sama dengan kemaskini Android 5.1 Lollipop, pihak HTC turut bakal menawarkan antaramuka HTC Sense 7 kepada para pengguna One M8. Antaramuka tersebut telah pun mula digunakan pada peranti One M9+ yang dilancarkan HTC minggu ini di Malaysia. Beberapa fungsi tambahan yang disertakan adalah termasuk sokongan widget pintar pada skrin utama, kemaskini pada Blinkfeed, selain turut menyertakan sokongan untuk HTC Themes.

Pengenalan untuk pengguna seluruh dunia selepas UK mungkin tidak begitu jauh bezanya. Jadi, mungkin kita akan dapat melihat pengguna HTC One M8 tempatan menerima kemaskini serupa dalam lingkungan dua bulan dari tarikh yang dijanjikan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HTC One M8 Akan Mula Menerima Android 5.1 Lollipop Dan Sense 7 Sekitar Ogos 2015"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info