Sembang Maniac

Sembang-sembang je

ChatSIM – Kad-SIM Dengan Sokongan Permesejan Di Seluruh Dunia Dibuka Untuk Pra-Tempahan Di Malaysia

ChatSIM telah menjadi perbualan ramai sejak beberapa bulan lepas, dan kini pra-tempahan untuknya telah pun mula dibuka di Malaysia, oleh pengedarnya DirectD. Di Malaysia, ia akan ditawarkan pada harga RM64.90 (termasuk GST) yang mana hadir dengan langganan untuk setahun.


ChatSIM Malaysia


Menggunakan Chat-SIM, ia memfokuskan kepada sokongan permesejan di seluruh dunia, dan menyokong pelbagai aplikasi permesejan utama, termasuk WhatsApp, LINE, WeChat, Facebook Messenger, Skype, Viber, Telegram, Twitter dan banyak lagi. Ia menawarkan sokongan menghantar teks dan emoticon sahjaa, sebaliknya pengguna akan memerlukan kredit tambahan untuk mesej berbentuk gambar, video dan sebagainya.


Apa yang menariknya mengenai SIM ini adalah sokongan di seluruh dunia – sekaligus menjadikan ia sebagai salah satu SIM yang menarik bagi mereka yang selalu mengembara atau bekerja di luar negara.







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "ChatSIM – Kad-SIM Dengan Sokongan Permesejan Di Seluruh Dunia Dibuka Untuk Pra-Tempahan Di Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info