Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aplikasi Photos Baru Kini Gantikan iPhoto Pada Yosemite – Kemaskini OS X 10.10.3 Sedia Dimuat-Turun

Apple hari ini telah mula menawarkan kemaskini OS X Yosemite 10.10.3 kepada para pengguna seluruh dunia, dimana melalui kemaskini ini, selain pelbagai pengoptimasian yang disertakan, pihak Apple turut menyertakan aplikasi Photos baru.


Aplikasi Photos baru ini hadir dengan sokongan integrasi iCloud, dan menggantikan iPhoto serta Aperture sebelum ini. Integrasi dengan storan awan iCloud sekaligus memudahkan lagi anda melihat gambar daripada pelbagai peranti dengan mudah menggunakannya.


Photos Mac


Photos juga turut menyertakan sokongan format RAW, selain turut membolehkan anda membuat penyuntingan gambar pantas dengan hanya satu klik.


Disamping itu, pihak Apple juga turut menyertakan sokongan lebih 300 emoji baru pada kemaskini OS X 10.10.3 ini, dan lebih menambah-baik sokongan sekuriti pada pelayar web Safari.


Bagi pengguna yang menggunakan sistem operasi OS X Yosemite, anda boleh menaik-taraf kepada kemaskini baru ini secara percuma hari ini.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Aplikasi Photos Baru Kini Gantikan iPhoto Pada Yosemite – Kemaskini OS X 10.10.3 Sedia Dimuat-Turun"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info