Xiaomi sebelum ini telah memberikan petanda ingin mengumumkan kamera aksi, dan hari ini, ia diumumkan secara rasmi dibawah nama Xiaomi YiCamera. Menggunakannya, seperti biasa, pengguna boleh merakamkan gambar dan video dengan mudah.
Xiaomi YiCamera hanya seberat 72 gram, dan bersaiz kecil. Kamera aksi ini hadir dengan lensa rakaman luas, meliputi 155-darjah untuk memudahkan anda merakamkan gambar panorama. Xiaomi YiCamera ini menggunakan sensor daripada Sony, membolehkan ia merakamkan ideo 1080p pada kadar 60fps, selain gambar pada kadar 7 rakaman sesaat. YiCamera juga turut dilengkapi dengan sokongan kalis air (melalui penggunaan aksesori khusus) yang membolehkan ia digunakan pada kedalaman sehingga 40 meter.
Pengguna turut boleh menghubungkan ia ke telefon melalui sokongan WiFi dan Bluetooth untuk memudahkan pemindahan gambar dan penyuntingan. Sejumlah aksesori dilihat akan ditawarkan, termasuk kayu monopod untuk memudahkan rakaman gambar, selain strap untuk dipasang pada beberapa perkara.
Xiaomi Yi Camera di senaraikan pada harga ¥399 di China, yang mana berharga sekitar RM230 di Malaysia. Buat masa ini, jualannya masih terhad untuk pasaran China sahaja.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Yi Camera – Kamera Aksi Daripada Xiaomi Dengan Sokongan Rakaman Video 1080p 60fps"