Sembang Maniac

Sembang-sembang je

VAIO – Yang Kini Bukan Dibawah Sony – Memperkenalkan Telefon Pintar Pertama

Sony telah mengasingkan jenama komputer riba VAIO mereka pada tahun lepas, dan ia beroperasi secara berasingan. Pada tahun lepas, VAIO telah hadir dengan komputer riba baru, tetapi lebih memfokuskan kepada pasaran Jepun sahaja. Kini, selang setahun, mereka turut memasuki arena telefon pintar, dan memperkenalkan telefon pintar pertama dinamakan VAIO Phone.


Vaio Phone


VAIO Phone ini akan dijual – seperti komputer riba VAIO – di Jepun terlebih dahulu. Telefon pintar ini membawakan skrin bersaiz 5-inci, kamera belakang 13-megapixel, cip pemprosesan empat-teras 1.2Ghz, dan memori 2GB RAM. Telefon pintar ini juga dijana menggunakan Android 5.0 Lollipop dan tidak membawakan sebarang penambahan pada antaramuka.


Ia boleh dikatakan tiada sebarang ciri-ciri khusus yang menarik hadir pada telefon pintar ini, dan mungkin ini merupakan percubaan pihak VAIO dalam menyertai arena telefon pintar. Ia akan dipasarkan di Jepun pada harga 51,000 yen (~RM1550) yang boleh dikatakan akan menjadi agak sukar untuk dijual jikalau dibandingkan dengan pelbagai pesaing yang lain.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "VAIO – Yang Kini Bukan Dibawah Sony – Memperkenalkan Telefon Pintar Pertama"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info