Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Ura-Ura) Samsung Berminat Dengan AMD?

Desas-desus dan ura-ura dalam arena teknologi merupakan salah satu perkara biasa. Terkini, salah satu desas-desus hadir daripada salah satu laman Korea Selatan, mengatakan Samsung berminat untuk mendapatkan pengeluar cip terkemuka AMD.


Seperti semua sedia maklum, Samsung mempunyai pengeluaran cip pemprosesan mereka tersendiri memfokuskan peranti mudah-alih, dinamakan Exynos. Cip Exynos ini digunakan bukan sahaja oleh Samsung, tetapi juga oleh beberapa pengeluar lain, contohnya seperti Meizu. Pengambil-alihan AMD ini dikatakan akan menambah-baik lagi portfolio Samsung dalam arena pengeluaran cip pemprosesan sekaligus mengukuhkan kedudukan mereka jikalau dibandingkan dengan beberapa pesaing yang lain.


Walaubagaimanapun, jika laporan Samsung berminat untuk mendapatkan AMD ini adalah benar, maka jawapan akhir semestinya ada pada AMD. Sama ada mereka ingin menjual syarikat mereka – dan mendapat akses lebih kepada kewangan dan pusat kajian, ataupun kekal menjalankan syarikat seperti biasa, tetapi sebaliknya melesenkan rekaan cip pemprosesan mereka kepada Samsung.


Apa pun, ini hanya spekulasi sahaja buat masa ini, tanpa sebarang komen rasmi daripada kedua-dua pihak. Desas-desus seperti ini merupakan salah satu perkara biasa dalam arena teknologi dan kebiasannya ia hanya tinggal desas-desus tanpa sebarang perkara lanjut daripadanya.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Samsung Berminat Dengan AMD?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info