Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Telegram Untuk iOS Kini Membolehkan Anda Berkongsi Dokumen Dari Storan Awan Dengan Mudah

Telegram Messenger boleh dikatakan merupakan salah satu perkhidmatan permesejan dengan pelbagai fungsi tambahan – dan ditambah dengan fungsi-fungsi baru setiap minggu. Pada minggu ini, pembangunnya telah mengemaskini aplikasi mereka dan membawakan lagi fungsi baru melaluinya.


Salah satu fungsi baru yang dibawakan oleh Telegram pada minggu ini adalah sokongan berkongsi fail dari simpanan storan awan seperti iCloud, Dropbox, Google Drive dan sebagainya dengan mudah. Seperti semua sedia maklum, Telegram Messenger membolehkan anda berkongsi fail bersaiz sehingga 1.5GB besarnya, tetapi dengan perkongsian melalui storan awan ini, ia memudahkan anda berkongsi fail sedia ada di simpanan anda dengan mudah.


Telegram Messenger


Disamping itu, kemaskini baru untuk iOS ini juga turut membolehkan anda berkongsi lebih daripada satu fail pada sesuatu masa, selain turut menyertakan sokongan trim video sebelum menghantar ia kepada penerima.


Untuk versi Android pula, pihak Telegram lebih memfokuskan kepada penambah-baikkan antaramuka dan menjadikan ia lebih selari dengan rekaan yang ditetapkan oleh Google.







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Telegram Untuk iOS Kini Membolehkan Anda Berkongsi Dokumen Dari Storan Awan Dengan Mudah"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info