Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Perkhidmatan Google VPN Dilihat Hadir Pada Kemaskini Android 5.1

Google telah mengumumkan Android 5.1 pada awal minggu ini yang menyertakan beberapa fungsi baru bersama-sama dengannya. Kini, salah satu fungsi baru dilihat hadir bersama-sama kemaskini tersebut, yang mana tidak diumumkan oleh Google, iaitu sokongan Google VPN.


Fungsi baru ini hadir melalui sebuah aplikasi yang dinamakan sebagai “Google Connectivity Services”. Menggunakannya, ia mengaktifkan fungsi Google VPN, sekaligus menjadikan penghantaran dan penerimaan data ketika menggunakan rangkaian WiFi terbuka lebih selamat dan terlindung.


Google VPN


Bagi yang tidak mengenali akan VPN, ia merupakan singkatan kepada Virtual Private Network, sekaligus menawarkan rangkaian yang lebih peribadi dan terlindung ketika menggunakan rangkaian internet atau beberapa rangkaian awam yang lain. Perkara ini sekaligus meningkatkan lagi sekuriti dan keselamatan data yang dihantar dan diterima oleh mereka.


Perkhidmatan Google VPN ini tidak lagi diketahui sama ada akan ditawarkan kepada semua pengguna seluruh dunia ataupun hanya sekadar percubaan pihak Google sahaja buat masa ini. Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai Google VPN atau Google Connectivity Services ini tidak lama lagi.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Perkhidmatan Google VPN Dilihat Hadir Pada Kemaskini Android 5.1"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info