Sembang Maniac

Sembang-sembang je

MaGIC Mengumumkan MaGIC Accelerator Program

Pada acara ASEAN Entrepreneurship Summit minggu lepas, MaGIC telah terlibat dengan sebahagian program yang diadakan dan mereka turut mengambil peluang untuk mengumumkan program terbaru mereka iaitu MaGIC Accelerator Program (MAP) bagi menaikkan industri startup di rantau ASEAN.


Melalui program ini, ia bertujuan untuk membantu startup dirantau ASEAN ini mengembangkan serta menembusi pasaran negara-negara ahli ASEAN serta pasaran global. Terdapat banyak pelabur antarabangsa yang berminat dengan pelaburan serantau termasuklah membangunkan komuniti Social Entrepreneurs, yakni startup yang memfokuskan untuk memajukan taraf hidup sesebuah komuniti. Terdapat dua kategori penyertaan untuk program ini iaitu ASEAN Accelerator dan juga Social Enterprise.


MAP-ASEANBagi program MAP-ASEAN Accelerator, startup yang menyertainya boleh berasal dari pelbagai negara di rantau ini dan akan mempelajari cara-cara untuk mengembangkan perniagaan ke negara serantau ASEAN. Ini termasuklah kemudahan untuk mengakses institusi dan juga organisasi dari negara lain di rantau ini, serta menyertai sesi bersama tenaga pengajar yang dibawakan dari pelbagai negara di rantau ini. Faedahnya termasuklah ia memudahkan bagi startup yang ingin menubuhkan cawangan di negara lain. MaGIC juga akan memberikan biaya program, termasuklah penginapan, elaun sara diri RM1,500 setiap bulan untuk setiap peserta dan juga elaun penerbangan .


MaGIC-SEBagi program Social Enterprise, ia hanya terhad untuk 25 startup dari Malaysia sahaja, dan berbeza dengan MAP-ASEAN Accelerator, mereka akan menerima dana RM 30,000 untuk melaksanakan idea mereka. MaGIC juga turut membiayai kos penginapan, elaun sara diri RM 1,500 setiap bulan untuk peserta, serta elaun penerbangan. Peserta juga bakal mendapat akses kepada mereka yang bergiat dalam arena ini.


Program MAP ini akan dibuka permohonannya pada 1 April dan mereka mencari sebanyak 50 startup dan 25 startup Social Entreprise untuk menyertai pusingan pertama. Pusingan pertama ini akan bermula pada bulan Julai sehingga bulan November, dan peserta dikehendaki mengikuti kursus dan aktiviti yang disediakan MaGIC sepanjang 4 bulan tersebut. Pada akhir program tersebut, peserta seharusnya mencapai tahap yang membolehkan pelabur luar ingin melabur untuk startup mereka.


Lagi beberapa hari sebelum 1 April, bagi anda yang berminat dan mencari peluang, jadilah yang pertama untuk menyertainya.








Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "MaGIC Mengumumkan MaGIC Accelerator Program"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info