Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kucing Mati Selepas Dicat Warna PINK!!





RUSIA – Seekor kucing yang diwarnakan merah jambu oleh pemiliknya yang obses dengan warna berkenaan, telah mati akibat mengalami keracunan toksid daripada pewarna tersebut.



Pemilik kucing berkenaan, Lena Lenina yang juga seorang penulis, mewarnakan kucing itu dengan warna pink bagi mengikut tema dalam satu parti yang dianjurkannya iaitu parti merah jambu, dengan semua tetamu diwajibkan memakai baju berwarna merah jambu.

Namun selepas parti berakhir, Lena mula hilang minat dengan kucing berkenaan dan membiarkannya. Kucing itu kemudiannya jatuh sakit dan mati.

Pemeriksaan doktor mendapati kematian kucing berkenaan akibat toksid yang dikeluarkan pewarna berkenaan selepas kucing itu menjilat bulunya.


Meskipun Lena sebelum itu dikritik hebat akibat perbuatannya, dia mempertahankan diri dengan menyatakan tindakannya itu mendapat kebenaran doktor haiwan kerana ia memberi manfaat kepada kucing tersebut.


“Warna merah jambu itu dipilih kerana ia dapat memperkuatkan bulunya,’’ kata Lena.

Bagaimanapun orang ramai telah melancarkan petisyen secara dalam talian bagi meminta polis menyiasat perbuatan kejam ke atas haiwan tersebut.







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kucing Mati Selepas Dicat Warna PINK!!"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info