GST atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan akan mula dilaksanakan di Malaysia bermula 1 April ini, dan ia bakal memberikan kesan terhadap sejumlah perkhidmatan yang ditawarkan di pasaran pada hari ini. Perkara ini turut meliputi arena perbankan – sama ada di cawangan ataupun secara dalam-talian.
Untuk perbankan, GST akan dikenakan terhadap caj perkhidmatan yang dikenakan oleh bank, dan bukannya terhadap amaun yang digunakan.
Berkongsi mengenainya, Maybank memberikan contoh mengatakan pemindahan wang antara akaun bank Maybank melalui Maybank2U adalah percuma dan tiada caj perkhidmatan – maka tiada kesan GST terhadapnya. Sebaliknya, untuk pemindahan wang ke akaun bank lain, biasanya caj perkhidmatan dikenakan – sekitar RM1 (atau RM2), dan caj GST akan dikenakan terhadapnya, menjadikan pengguna perlu membayar sebanyak RM1.06 (atau RM2.12) untuk sesuatu transaksi antara bank berbeza.
Perkara sama juga untuk bayaran bil yang biasanya mempunyai caj perkhidmatan. Jika perkhidmatan perbankan dalam-talian yang anda gunakan sebelum ini tidak mengenakan sebarang caj perkhidmatan sebelum ini, maka ia akan kekal sebegitu dan tiada caj GST akan dikenakan terhadapnya.
Dalam contoh lain, caj GST juga turut dikenakan terhadap caj perkhidmatan untuk transaksi di kaunter bank. Sebagai contoh, untuk bayaran PTPTN melalui kaunter bank akan dikenakan caj sebanyak RM2 dan pengguna akan dikenakan GST sebanyak 6%, menjadikan mereka perlu membayar sebanyak RM2.12 selepas ditambah GST.
Selain bank, bayaran bil di Pos Malaysia juga akan dikenakan caj perkhidmatan – biasanya sekitar RM1, dan menjadikan pengguna perlu membayar RM1.06 untuk caj perkhidmatan keseluruhan selepas ditambah dengan GST.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "GST Akan Dikenakan Terhadap Caj Perkhidmatan Perbankan Dalam-Talian"