Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Goodyear Hadir Dengan Tayar Konsep Yang Boleh Mengecas Kenderaan Elektrik Dari Haba Pada Tayar

Pelbagai syarikat sering hadir dengan rekaan dan idea konsep untuk beberapa perkara yang mereka lihat mungkin berlaku dalam masa akan datang. Terkini, Goodyear, salah satu pengeluar tayar kenderaan terkemuka hadir dengan sebuah konsep baru untuk tayar Goodyear BH03.


Konsep Goodyear


Melalui tayar konsep ini, Goodyear memperlihatkan konsep untuk mengecas kenderaan elektrik daripada haba yang terkumpul pada tayar. Beberapa kaedah ingin digunakan oleh Goodyear untuk mengumpulkan haba, dimana selain daripada mengumpulkannya ketika kenderaan bergerak, Goodyear juga bercadang untuk mengumpulkan haba terkumpul ketika kenderaan diletakkan ditempat letak kenderaan terbuka – terutamanya ketika dibawah cahaya matahari.


Konsep ini hadir dengan pelbagai kenderaan elektrik yang sedang menerima perhatian ramai akhir-akhir ini, dan mungkin Goodyear sedang melihat kepada beberapa kaedah untuk membantu pemilik kenderaan elektrik ini untuk menambah cas kenderaan mereka.


Seperti biasa, idea ini sekadar konsep sahaja, dan tidak lagi diketahui sama ada pihak Goodyear akan hadir dengan sesuatu seumpamanya ataupun sebaliknya.







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Goodyear Hadir Dengan Tayar Konsep Yang Boleh Mengecas Kenderaan Elektrik Dari Haba Pada Tayar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info