Dengan HTC dan Samsung masing-masing telah mengambil pentas utama ketika Mobile World Congress tempoh hari, semestinya ramai yang menantikan apakah yang bakal ditawarkan oleh LG. LG sebelum ini telah dikatakan akan hadir dengan telefon pintar LG G4 sekitar April atau Mei kelak, dan kini beberapa gambar tertiris hadir mengatakan ia sebagai LG G4.
Daripada gambar yang tertiris ini, ia memperlihatkan rekaan peranti yang sedikit melengkung dan pada masa yang sama memperlihatkan penggunaan butang masih dikekalkan pada bahagian belakang peranti. LG G4 turut dikatakan mungkin menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 810, dan membawakan pelbagai spesifikasi tinggi yang lain.
Seperti biasa, ini hanyalah imej tertiris sahaja, dan berkemungkinan apa yang ditawarkan oleh LG kelak adalah berbeza dengan apa yang diperlihatkan. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi LG yang dijangka akan berlaku dalam masa sebulan dua lagi.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Gambar Yang Dikatakan LG G4 Tertiris – Memperlihatkan Rekaan Sedikit Melengkung"