Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Gambar Telefon LG Yang Tidak Diumumkan Tertiris – Mungkinkah LG G4 Atau G4 Note?

Dengan pengumuman pelbagai peranti baru daripada pengeluar-pengeluar telefon seluruh dunia, semestinya ramai yang menantikan apakah yang bakal dibawakan oleh pengeluar telefon dari Korea Selatan, LG. Pada tahun lepas, mereka telah memperkenalkan LG G3 yang menerima pujian ramai, dan kini pengguna menantikan pengenalan LG G4.


LG G4


Info berkaitan dengan LG G4 telah tertiris sedikit demi sedikit sejak beberapa minggu lepas, dan kini beberapa gambar hadir tertiris ke arena web memperlihatkan sebuah telefon baru baru daripada LG yang masih tidak diumumkan lagi.


Beberapa desas-desus mengatakan ia berkemungkinan adalah LG G4. Tetapi pada masa yang sama, memandangkan pada bahagian baseband, ia memperlihatkan menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 610 – maka mungkin ia bukan peranti flagship daripada LG, sebaliknya berkemungkinan salah satu variasi dibawah keluarga LG G4 kelak.


Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya tidak lama lagi, memandangkan LG G4 dijangka akan diumumkan secara rasmi sekitar bulan April ini.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Gambar Telefon LG Yang Tidak Diumumkan Tertiris – Mungkinkah LG G4 Atau G4 Note?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info