Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Berita Mr Os Meninggal Dunia Berita Palsu!

"Saya masih hidup. Alhamdulillah. Terima kasih kerana ambil berat mengenai kesihatan saya," kata Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid.



Mr os meninggal dunia [2]



Berita yang tersebar menerusi laman sosial menyatakan kononnya pelawak Mr Os meninggal dunia adalah tidak benar sama sekali.



Mengikut sumber, gambar tersebut diambil semasa beliau dimasukankan ke hospital namun kini beliau telah keluar dan semakin sihat.



Pelawak veteran berusia 54 tahun itu baru-baru ini dirawat selama lapan hari di Hospital Selayang selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan pada tonsil dan dibenarkan pulang Sabtu lalu.



Ketika dihubungi wartawan, Os berkata, dia tidak menghebohkan perkara dia dirawat di hospital kerana tidak mahu dianggap menagih simpati, malah keadaan mungkin menjadi seperti menabur pasir di periuk nasi sendiri.



Mr os meninggal dunia



"Saya tidak mahu orang ingat saya sakit dan tidak kuat untuk mencari rezeki yang mana membuatkan orang tidak lagi mengambil saya bekerja. Kudrat saya masih kuat untuk kembali bekerja dan saya pun sudah hampir sembuh sepenuhnya.



"Buat masa ini saya belum lagi mengambil penumpang kerana tidak mahu ada yang takut dengan jahitan di leher saya ini," katanya.



Namun apa yang dikesali pelawak itu adalah ada individu yang sanggup menyebarkan berita tidak benar yang mana dirinya telah meninggal dunia.



Bagi Os, jika ada yang simpati, dia minta agar mereka mendoakan kesihatannya, tetapi tidak mahu ada yang salah anggap kerana dia masih lagi kuat untuk mencari rezeki.



BACA INI JUGA: Konspirasi Teluk Tonkin, Pembohongan Keji Pencetus Perang Vietnam







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Berita Mr Os Meninggal Dunia Berita Palsu!"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info