Samsung telah sedia menghantar jemputan media untuk suatu acara yang dijadualkan pada 1 Mac kelak. Kini, bersempena dengannya, mereka telah memulakan teaser awal, dan video promosi pertama daripada Samsung hadir memfokuskan kepada bahagian kamera.
Melalui video selama 17-saat, pihak Samsung menggunakan beberapa slogan, memberikan idea kepada rakaman yang lebih baik melalui Galaxy S6 kelak.
Samsung sebelum ini telah melengkapkan kamera dengan sokongan OIS pada Galaxy Note 4, dimana boleh dikatakan ia merupakan antara kamera terbaik pada peranti mudah-alih, dan menghasilkan rakaman video dan gambar yang jauh lebih baik berbanding sejumlah peranti lain di pasaran.
Mengikut desas-desus awal, kamera belakang pada Samsung Galaxy S6 kelak dikatakan akan dilengkapi dengan sensor 20-megapixel yang dilengkapi fungsi OIS. Ia tidak diketahui lagi sama ada pihak Samsung akan mengambil kelebihan rakaman RAW yang disertakan pada Android 5.0 Lolipop dan mengintegrasikannya pada peranti mereka ataupun sebaliknya.
Samsung bakal mengumumkan peranti mereka pada 1 Mac bersempena dengan Mobile World Congress kelak. Seperti biasa, kami akan membawakan liputan langsung daripada acara berkenaan di Amanz.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Teaser Galaxy S6 Pertama Hadir Memfokuskan Bahagian Kamera"