Pelbagai desas-desus telah mengatakan Samsung akan mengurangkan aplikasi yang terpasang pada peranti mereka secara terbina, sekaligus mengurangkan ruangan storan yang digunakan, selain menjadikan peranti berkenaan lebih responsif.
Menurut SamMobile, Samsung dijangka hanya akan menyertakan aplikasi S-Health, S-Voice dan Galaxy Apps Store daripada mereka, selain turut menyertakan Facebook, Skype, OneDrive, OneNote dan juga pautan muat-turun untuk WhatsApp. Memandangkan aplikasi lain yang ditawarkan sedia digunakan oleh kebanyakkan pengguna, maka ia mungkin tidak akan menerima kritikan ramai berbanding penyertaan aplikasi daripada Samsung seperti sebelum ini.
Menurut SamMobile juga, antaramuka TouchWiz pada Galaxy S6 tidak begitu jauh beza dengan penawaran TouchWiz versi Lollipop yang baru – tetapi lebih dioptimasikan, dan beroperasi dengan pantas serta selari dengan pelbagai animasi yang ditetapkan oleh Google.
Samsung bakal melancarkan Galaxy S6 secara rasmi pada 1 Mac kelak, dan kami akan membawakan liputan langsung daripada acara berkenaan kelak.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Dilaporkan Akan Mengurangkan Aplikasi Terpasang Pada Galaxy S6 Secara Drastik"