Hari Valentine ialah hari harga barangan murah seperti coklat dan bunga dinaikkan oleh kapitalis menggunakan alasan cinta. Terdapat pelbagai pendapat tentang baik buruknya menyambut hari kekasih tetapi yang pasti hari tersebut disambut oleh jutaan manusia setiap tahun. Sempena hari kekasih Alexander Omosu, pengeluar peranti dengan kustomasi mewah menghasilkan iPhone 6 bewarna merah jambu. Keseluruhan tubuh peranti pintar terkini Apple ini diberikan sentuhan warna cinta. Hanya 10 buah peranti ini akan dihasilkan dan setiap satu dijual pada harga RM 10483. Sekiranya anda merasakan ianya terlalu mahal, Alexander Omosu turut menghasilkan versi iPhone 5S pada harga yang lebih murah iaitu RM 8300 sebuah. Adakah pemberian barangan mewah eksklusif merupakan cara anda menunjukkan kasih sayang? Jika ya peranti Apple merah jambu ini pastinya akan membuatkan anda semakin dicintai.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "iPhone 6 Merah Jambu Dihasilkan Sempena Hari Valentine"