Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Filem Shahrukh Khan Dan Kajol Terus Ditayang Selepas 20 Tahun!

Siapa sangka, selepas lebih dua dekad ditayangkan di panggung wayang, sebuah filem masih mendapat permintaan untuk ditonton. Memang menakjubkan!






Inilah yang berlaku terhadap salah satu naskah paling popular yang masih mendapat permintaan ramai penduduk India iaitu filem lakonan pelakon terkenal Shahrukh Khan dan Kajol bertajuk Dilwale Dulhania Le Jayenge (DDLJ).



Menurut laporan satu portal antarabangsa, BBC News, panggung wayang di Mumbai telah menarik kembali notis menghentikan tayangan filem berkenaan setelah ia mendapat bantahan ramai pihak.



Sebelum ini, notis berhubung pemberhentian tayangan filem tersebut dibuat oleh Yash Raj Films, syarikat yang menerbitkan DDLJ setelah ia tidak mendatangkan keuntungan kepada pihaknya kerana jumlah penonton mula berkurangan.



Berdasarkan kenyataan dari pemilik panggung Maratha Mandir, pihaknya menerima ratusan panggilan dalam tempoh dua jam setelah notis berkenaan dikeluarkan.



“Selepas meletakkan pengumuman tersebut di luar panggung pada Selasa minggu lalu, kami menerima lebih 230 panggilan dalam masa dua jam daripada penonton yang tidak berpuas hati,”kata pemilik panggung itu, Manoj Desai.



“Kami bukan sahaja menerima panggilan dari Mumbai malah dari Delhi dan Ahmedabad. Kami juga menerima panggilan dari sebuah stesen radio di Dubai – Mereka berkata setiap kali warganegaranya datang ke India, mereka pasti akan menonton filem tersebut.



“Sememangnya kami tidak menjangkakan bakal menerima reaksi sebegini.”



Akibat dari ‘kekecewaan’ ramai penonton, syarikat penerbitan DDLJ menukar keputusannya untuk meneruskan tayangan filem tersebut.



Namun demikian, demi menjana kembali keuntungan, kedua-dua pihak iaitu penerbit dan panggung wayang bertindak merencanakan beberapa strategi seperti menukar waktu tayangan dan meningkatkan harga tiket.



Filem tersebut mencipta rekod apabila mengungguli carta dengan jumlah keseluruhan tayangan yang berlanjutan selama 1,009 minggu tanpa henti. Ia mula menemui penonton di pawagam Oktober 1995.



Nah, itulah penangan bagi karya yang digilai peminat seluruh dunia, kan? Lain pula senario filem Malaysia, minggu pertama tayangan lagi sudah ada ura-ura nak dihentikan kerana kutipan tak memberangsangkan.



Nasiblah ada Skim Wajib Tayang yang diperkenalkan oleh FINAS, dapat jugalah filem tersebut kekal di panggung selama 14 hari walaupun tak ada penonton.



BACA INI JUGA: Tahukah Anda Berapa Gaji Pertama Diterima Selebriti Terkenal Bollywood?







Sumber: Mynewshub.cc







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Filem Shahrukh Khan Dan Kajol Terus Ditayang Selepas 20 Tahun!"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info