Asus Malaysia pada penghujung bulan lepas telah berkongsi dengan kami mengatakan mereka akan hadir dengan tablet baru atau boleh dikatakan penaik-tarafan untuk FonePad 7 sedia ada melalui penawaran model baru dengan angka FE171CG. Kini, bermula hari ini, tablet berkenaan telah pun mula dijual di pasaran tempatan.
Asus FonePad 7 (FE171CG) merupakan tablet dengan keupayaan membuat panggilan telefoni bersiaz 7-inci. Ia hadir dengan sokongan rangkaian 3G, dan pengguna boleh menggunakan dua-SIM padanya. FonePad 7 model baru ini hadir dengan kamera belakang 8-megapixel dengan lensa f/2.4, kamera hadapan 2-megapixel, memori sebanyak 2GB RAM, ruangan storan 16GB, serta kekal menggunakan cip pemprosesan Intel.
FonePad 7 ini menggunakan rekaan yang lebih nipis dan ringan berbanding sebelumnya, selain turut hadir dengan lapisan NVCM Coating dalam memberikan pengalaman penggunaan premium berbanding sebelumnya.
Apa pun, salah satu perkara yang akan mengelirukan pengguna adalah kerana namanya FonePad 7 yang sama dengan versi sebelumnya tetapi pada saiz yang lebih nipis, sekaligus menjadikan aksesori FonePad 7 tidak boleh digunakan pada versi ini. Pihak Asus mengatakan mereka akan menggunakan nama pemasaran FonePad 7 Plus untuk pemasarannya, tetapi tidak diketahui lagi sama ada ia akan diikuti oleh pihak pengedar dan penjual Asus.
Asus FonePad 7 (FE171CG) ini boleh didapati daripada pengedar rasmi Asus seluruh negara bermula hari ini pada harga RM529. Ia mungkin akan mengambil sedikit waktu sebelum mula dijual melalui Asus Online Store.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
1 Komentar untuk "Asus FonePad 7 (FE171CG) Dengan Kuasa Dan Storan Lebih Besar Kini Di Malaysia – RM529"
jgn lupa ping artikal blog anda di sini http://www.pingmeblog.com