Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Mungkin Turut Membangunkan Kereta Dipandu Automatik

Lanjutan daripada laporan WSJ mengatakan Apple sedang membangunkan kenderaan elektrik tersendiri, kini Reuters pula hadir dengan laporan terbaru, mengatakan Apple turut sedang memfokuskan kepada kenderaan yang dipandu automatik.


Sejumlah pengeluar kenderaan telah mula membangunkan kenderaan yang dipandu automatik mereka tersendiri, selain pesaing terdekat mereka, Google yang turut telah memperlihatkan beberapa kenderaan prototaip menggunakan teknologi mereka.


Menurut Reuters, Apple sedang mendapatkan nasihat berkenaan kenderaan elektrik dan berhubung ke arena internet, disamping pada masa yang sama melihat kepada potensi kenderaan yang dipandu secara automatik.


Apple dikatakan mungkin boleh menjana wang daripada sistem operasi yang melengkapi kenderaan tersebut, selain daripada sokongan pemetaan, perkhidmatan pengecasan kenderaan, dan sebagainya.


Apple seperti biasa tidak mengeluarkan komen berkaitan dengan projek dalaman yang dikenali dengan nama kod “Titan” ini. Ia bukan sesuatu yang asing untuk melihat syarikat teknologi membangunkan beberapa perkara, tetapi membatalkan idea berkenaan selepas beberapa bulan. Namun, memandangkan Apple telah mula menarik beberapa pakar automotif untuk menyertai syarikat mereka, mungkin tidak mustahil untuk Apple terus memfokuskan pada projek automotif mereka ini.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Mungkin Turut Membangunkan Kereta Dipandu Automatik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info