Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Akaun LINE@ Dilancarkan Untuk Pasaran Global – Memfokuskan Jenama, Perniagaan Dan Organisasi

LINE merupakan salah satu perkhidmatan permesejan yang sedia popular di beberapa buah negara sekitar Asia, termasuk di Malaysia. Kali terakhir kami menjumpai wakil LINE Malaysia, pengguna berdaftar dengan LINE adalah sekitar 10 juta pengguna dari Malaysia sahaja, dan semestinya angka tersebut telah bertambah pada hari ini. Kini, selain daripada hanya akaun memfokuskan kepada pengguna umum, LINE turut melancarkan LINE@ yang mana memfokuskan kepada jenama, organisasi dan perniagaan.


LINE at


Secara kasar, jikalau dibandingkan dengan Facebook, LINE@ ini boleh dikatakan sebagai Facebook Pages, berbanding akaun biasa yang lebih memfokuskan kepada profil peribadi. Pendaftaran untuk akaun LINE@ ini adalah percuma, yang mana ia boleh dilakukan menggunakan aplikasi khusus pada iOS dan juga Android. Pengguna boleh mendaftarkan akaun LINE@, dan kemudian turut menambah beberapa pentadbir lain untuk menguruskannya. Akaun LINE@ ini juga turut membolehkan anda bersembang satu-sama-satu dengan pelanggan atau mereka yang mengikuti akaun anda, sekaligus membolehkan anda memberikan khidmat pelanggan dan sebagainya menggunakan akaun tersebut.


Namun, salah satu kekangan untuk akaun LINE@ ini adalah dimana pengguna akan diberikan ID secara rawak, dan perlu membayar $12 (~RM40) untuk mendapatkan ID yang diingini mereka. Disamping itu, versi percuma hanya memberikan 1,000 mesej untuk di broadcast setiap bulan. Pengguna perlu membayar untuk menghantar lebih banyak mesej menggunakannya.


LINE@ turut hadir dengan sokongan bahasa Malaysia, dan bagi anda yang berminat boleh memuat-turun dan mencubanya hari ini.



Muat-Turun LINE@ untuk iOS

Jika anda menggunakan LINE, boleh ikuti akaun LINE@ kami dengan membuat carian untuk ID @Amanz pada aplikasi LINE anda, dan ikuti kemaskini Amanz melaluinya.





Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Akaun LINE@ Dilancarkan Untuk Pasaran Global – Memfokuskan Jenama, Perniagaan Dan Organisasi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info