Sembang Maniac

Sembang-sembang je

ZTE Hadir Dengan Projektor Mini ZTE Spro 2 – Lengkap Dengan Akses Google Play Dan Sokongan Hotspot

ZTE Spro 2ZTE hari ini telah memperkenalkan salah satu projektor pintar mereka yang terbaru, dinamakan sebagai ZTE Spro 2. Projektor ini hadir dengan berasaskan kepada Android, dan turut dilengkapi dengan sokongan skrin sentuh padanya.


Projektor Spro 2 ini membawakan resolusi 1280×720 pixel dengan saiz paparan sehingga 120-inci pada kecerahan 200 lumens. Projektor mudah-alih ini turut hadir dengan bateri berkapasiti 6300 mAh, dikatakan mampu digunakan sehingga tiga jam untuk penstriman media.


Disamping itu, pihak ZTE juga turut melengkapkan projektor ini dengan sokongan hotspot, membolehkan sehingga lapan peranti berhubung kepadanya dan berkongsi rangkaian 4G LTE.


Buat masa ini, ZTE Spro 2 hanya disasarkan untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan diperluaskan ke pasaran global.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "ZTE Hadir Dengan Projektor Mini ZTE Spro 2 – Lengkap Dengan Akses Google Play Dan Sokongan Hotspot"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info