Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Menjadualkan Pelancaran Peranti Baru Pada 15 Januari

Xiaomi baru sahaja memperkenalkan sebuah produk baru mereka pada awal minggu ini, iaiti Xiaomi Redmi 2. Ia boleh dikategorikan dibawah keluarga peranti mampu-milik dan bajet daripada Xiaomi dengan spesifikasi pertengahan. Selain daripadanya, kini Xiaomi turut mempunyai sebuah lagi produk baru yang bakal diperkenalkan, dan mereka menjadualkan tarikh 15 Januari untuk pelancarannya.


Xiaomi 15 Januari


Melalui jemputan yang dihantar oleh pihak Xiaomi, mereka mengatakannya sebagai telefon pintar flagship baru daripada Xiaomi, dan tiada sebarang maklumat lanjut yang diketahui buat masa ini.


Pada forum komuniti Xiaomi, mereka sedia membuat sedikit bancian, dimana pelbagai pengguna mengatakan berkemungkinan pihak Xiaomi akan memperkenalkan telefon pintar Xiaomi Mi 4S ataupun Xiaomi Mi 5 pada tarikh berkenaan. Ini juga selari dengan pelbagai desas-desus sebelum ini berkaitan produk berkenaan.


Jika ia benar, maka mungkin kita akan dapat melihat pihak Xiaomi melangkaui pengenalan Mi4 ke pasaran tempatan, dan menawarkan terus peranti berspesifikasi tinggi terbaru mereka ini.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Menjadualkan Pelancaran Peranti Baru Pada 15 Januari"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info