Sembang Maniac

Sembang-sembang je

WhatsApp Plus Menamatkan Perkhidmatan – Memadam Pautan Muat-Turun Dan Komuniti

Awal pagi semalam, pihak WhatsApp telah mengambil langkah untuk menghalang akses kepada pengguna klien ketiga bagi menggunakan perkhidmatan permesejan mereka. Salah satu aplikasi yang menerima impak besar daripadanya adalah WhatsApp+ untuk Android.


Kini, lanjutan daripadanya, pembangunnya telah mengumumkan yang mana mereka menamatkan aplikasi berkenaan, dan telah pun memadam komuniti untuknya.


Menurut pembangunnya, mereka telah menerima surat daripada pihak WhatsApp meminta untuk membuang semua pautan untuk muat-turun untuknya – berkemungkinan kerana penggunaan jenama dan juga platform WhatsApp tanpa kebenaran.


Buat masa ini, aplikasi WhatsApp Plus ini dilihat masih beroperasi seperti biasa untuk beberapa pengguna – walaupun sesetengahnya menerima notis halangan akses untuk selama 24 jam. Mungkin pihak WhatsApp akan memperkenalkan kemaskini pada API mereka tidak lama lagi dan membuatkan aplikasi WhatsApp Plus sedia ada tidak dapat digunakan lagi selepas ini.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "WhatsApp Plus Menamatkan Perkhidmatan – Memadam Pautan Muat-Turun Dan Komuniti"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info