Sembang Maniac

Sembang-sembang je

WeChat Untuk Windows Hadir Dalam Bentuk Beta – Hanya Berbahasa Cina Buat Masa Ini

WeChat merupakan aplikasi permesejan yang popular dikalangan pengguna Malaysia – boleh dikatakan sebagai aplikasi kedua sering digunakan ramai selepas WhatsApp. WeChat sedia menawarkan aplikasi mereka untuk pelbagai platform mudah-alih popular, dan kini turut hadir dengan perisian khusus untuk Windows.


WeChat untuk Windows ini ditawarkan dalam bentuk beta buat masa ini, dan hanya hadir dalam pilihan bahasa Cina sahaja. Ia tidak diketahui lagi bilakah versi berbahasa Inggeris akan diperkenalkan oleh WeChat.


WeChat Desktop


Untuk makluman, WeChat sedia ditawarkan dalam sokongan pelayar web kepada umum, selain turut mempunyai sebuah perisian khusus untuk Mac. Penawaran versi Windows ini terus mengukuhkan penawaran mereka dalam arena desktop – sekaligus memudahkan pengguna Windows terus menerima notifikasi dan mesej dengan mudah.


Walaupun dalam bahasa Cina, ia boleh dikatakan kami tidak menghadapi masalah untuk menggunakannya, memandangkan prosesnya adalah mudah. Sebaik sahaja selesai memuat-turun dan memasang perisian WeChat untuk Windows, pengguna akan diminta untuk log masuk. Bagi proses ini, pengguna akan dikehendaki untuk mengimbas sebuah kod QR yang dipaparkan pada komputer mereka. Kami mencubanya beberapa kali dengan peranti BlackBerry, tetapi gagal – dan dilihat hanya beroperasi melalui peranti Android dan iOS buat masa ini.


Sebaik sahaja imbasan selesai, anda akan log masuk terus secara automatik ke WeChat untuk Windows, dan membolehkan anda meneruskan sembang bersama rakan-rakan atau mengikuti pelbagai kemaskini daripada Official Account.


Bagi anda yang menggunakan WeChat, dan sering menghabiskan masa dihadapan komputer, mungkin boleh mencuba WeChat 1.0 Beta untuk Windows ini hari ini.







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "WeChat Untuk Windows Hadir Dalam Bentuk Beta – Hanya Berbahasa Cina Buat Masa Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info