Sembang Maniac

Sembang-sembang je

TCL Communication – Syarikat Disebalik Alcatel One Touch Mengesahkan Pengambil-Alihan Jenama Palm

palmTCL Communication hari ini secara rasminya mengesahkan yang mana mereka akan mengambil-alih jenama Palm, dan pada masa yang sama akan membangunkan semula syarikat tersebut berpusat di Silicon Valley.


TCL Communication merupakan syarikat disebalik jenama Alcatel OneTouch yang mana sedia menawarkan pelbagai peranti berasaskan Android di pasaran pada hari ini.


TCL mengatakan mereka akan membina semula Palm, dimana ia akan turut melibatkan pelbagai input daripada komuniti. TCL Communication mengatakan pembangunan semula Palm ini akan menjadi salah satu projek melibatkan komuniti terbesar di industri.


Selain hanya hadir dengan peranti, mereka juga ingin hadir dengan pelbagai inovasi dalam teknologi, rekabentuk, antaramuka dan ekosistem – yang mana sedia sinonim dengan nama Palm sebelum ini.


TCL Communication sendiri akan menyokong Palm dalam pelbagai perkara, termasuk dari segi R&D, fasiliti pengeluaran yang moden dan efisyen, serta pusat pengedaran yang terkemuka di dunia.


Pelbagai perkara lebih lanjut mengenai projek Palm ini dikatakan akan dikongsikan pada masa akan datang.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "TCL Communication – Syarikat Disebalik Alcatel One Touch Mengesahkan Pengambil-Alihan Jenama Palm"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info