Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sony Memperkenalkan Siri Televisyen 4K Baru Yang Dilengkapi Dengan Android TV

Sony sebelum ini telah hadir dengan beberapa video berbentuk teaser untuk produk baru mereka, dan hari ini pada CES 2015, mereka secara rasminya memperkenalkan televisyen dibawah keluarga BRAVIA 4K Ultra HD.


Sony Android TV


Siri televisyen daripada Sony untuk tahun 2015 ini dilihat menggunakan Android TV, iaitu Android 5.0 Lolipop yang dioptimasikan untuk skrin, sekaligus memudahkan anda menonton video dan mengawalnya menggunakan arahan suara, ataupun menggunakan alat kawalan dan telefon pintar pengguna. Pengguna turut boleh memuat-turun kandungan daripada Google Play – yang mana boleh dilihat sebagai suatu kekangan memandangkan pasaran Malaysia masih belum menyokongnya buat masa ini.


Dari segi penawaran, BRAVIA® 4K Ultra HD ini membawakan keterangan gambar yang lebih jelas, serta warna yang lebih tepat. Model penawaran baru daripada Sony ini hadir dalam variasi saiz daripada 43-inci ke 75-inci. Televisyen Sony juga turut menggunakan paparan Triluminos seperti pada beberapa telefon pintar mereka.


Disamping itu, pihak Sony turut mengintegrasikan sokongan PlayStation Now terus ke televisyen baru mereka ini, membolehkan pemilik PlayStation 4 untuk memainkan permainan terus pada televisyen dan mengawalnya menggunakan DUALSHOCK 4.


Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai penawaran televisyen Sony ini untuk pasaran tempatan dalam masa beberapa bulan lagi.











Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sony Memperkenalkan Siri Televisyen 4K Baru Yang Dilengkapi Dengan Android TV"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info