Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Memperkenalkan Dua Telefon Pintar Baru Dibawah Keluarga Galaxy E Dengan Fokus Terhadap Selfie

Samsung hari ini memperkenalkan dua telefon pintar baru dibawah keluarga Galaxy E, iaitu Galaxy E7 dan juga Galaxy E5. Samsung menyasarkan mereka yang inginkan telefon dengan paparan yang menarik dan juga kebolehan merakamkan selfie. Secara kasar, peranti keluarga Galaxy E ini dilihat memfokuskan kepada para pengguna muda.


Samsung Galaxy E


Dua telefon pintar dibawah keluarga Galaxy E ini, iaitu Galaxy E7 dan juga Galaxy E5 hanya menyasarkan pengguna di India sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan diperluaskan ke pasaran global.


Kedua-dua peranti ini hadir dengan skrin Super AMOLED, dan turut menyertakan bersama fungsi selfie, seperti Wide-Angle Selfie, merakamkan selfie dengan bantuan suara, merakamkan selfie dengan gesture, dan juga fungsi mencantikkan wajah terbina padanya. Fungsi lain seperti Ultra Power Saving Mode, Private Mode dan juga Multi-Screen seperti Galaxy A turut disertakan pada telefon ini.


Samsung Galaxy E


Samsung Galaxy E


Galaxy E7 hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel, dan dilengkapi cip empat-teras 1.2Ghz serta memori 2GB RAM. Peranti ini menyertakan ruangan storan 16GB (yang boleh ditambah dengan kad mikro-SD sehingga 64GB), memori 2GB RAM, dan juga bateri berkapasiti 2950mAh.


Samsung Galaxy E5 pula membawakan skrin bersaiz 5-inci, cip pemprosesan empat-teras 1.2Gh, memori 1.5GB RAM, ruangan storan 16GB (dengan mikro-SD sehingga 64GB), bateri berkapasiti 2400mAh, dan turut dilengkapi kamera belakang 8-megapixel serta kamera hadapan 5-megapixel.


Kedua-dua peranti ini hadir dengan Android KitKat serta dilengkapi antaramuka TouchWiz.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Memperkenalkan Dua Telefon Pintar Baru Dibawah Keluarga Galaxy E Dengan Fokus Terhadap Selfie"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info