Samsung sedia dilaporkan memberikan fokus yang tinggi untuk Galaxy S6 melalui Project Zero, dan hari ini, laporan lanjutan hadir mengatakan antaramuka TouchWiz untuk peranti baru daripada Samsung tersebut akan lebih dioptimasikan, dan pelbagai fungsi yang tidak digunakan akan dibuang.
Antaramuka keseluruhan dijangka akan lebih ringkas – sekaligus menawarkan pengalaman penggunaan yang pantas, seumpama versi Android asal pada Nexus 6.
Seperti semua sedia maklum, walaupun TouchWiz mempunyai peminatnya tersendiri, masih terdapat ramai yang tidak menyukainya. Samsung sedia menyertakan pelbagai fungsi tambahan pada Android melalui antaramuka TouchWiz mereka, dan sesetengah daripadanya hampir tidak digunakan oleh sesiapa.
Sekiranya benar Samsung akan lebih mengoptimasikan dan membuang fungsi tidak digunakan, maka ia semestinya salah satu perkara yang amat menarik untuk didengar.
Samsung dijangka akan memperkenalkan Galaxy S6 sekitar bulan Mac kelak, dan mungkin kita akan dapat melihatnya sendiri bagaimana penawaran TouchWiz baru daripada Samsung kelak.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Galaxy S6 Dilaporkan Akan Hadir Dengan Pengoptimasian TouchWiz Seumpama Android Asal"