Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Polaroid Hadir Dengan Telefon Pintar Berasaskan Android Yang Menyerupai Telefon Oppo

Bersempena dengan CES 2015, pelbagai pengeluar peranti telah memperlihatkan telefon baru, termasuk pengeluar kamera seperti Kodak dan juga Polaroid. Namun, berbeza dengan Kodak, telefon Polaroid dilihat menyerupai apa yang ditawarkan oleh Oppo melalui telefon pintar Oppo N1 dan juga Oppo N3.


Polaroid Selfie


Seperti peranti Oppo, pihak Polaroid turut membawakan sokongan kamera boleh berputar depan dan belakang pada Polaroid Selfie ini – sekaligus menimbulkan pelbagai tanda tanya sama ada ia akan melalui masalah undang-undang ataupun sebaliknya.


Dari segi spesifikasi, Polaroid Selfie ini hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan resolusi 720p, cip pemprosesan lapan-teras MediaTek, memori 2GB RAM, ruangan storan 16GB, dan kamera berputar 13-megapixel. Peranti ini turut hadir dengan Android 5.0 Lolipop padanya.


Polaroid Selfie ini membawakan kawalan kamera berputar secara manual – lebih kurang seperti Oppo N1. Ia tidak lagi diketahui bagaimanakah lanjutan daripadanya, memandangkan pihak Oppo mengatakan mereka tidak melesenkan sebarang rekabentuk dan akan mengambil tindakan lanjut mengenai telefon Polaroid Selfie ini.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Polaroid Hadir Dengan Telefon Pintar Berasaskan Android Yang Menyerupai Telefon Oppo"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info